Assalamualaikum…
Pasti ramai yang bercuti ke Melaka tidak pasti, lokasi makan yang sedap dan patut dicuba. Kalau tak cuba, terasa rugi apabila pulang kelak ke kampung halaman.
Pencari Makan ingin kongsikan 11 kedai makan yang korang mesti cuba ketika bercuti di Melaka.
-
Roti Canai Kambing Limbongan
Lokasi roti canai limbongan berada di medan selera limbongan. Berada di tepi jalan menuju ke Pantai Klebang Melaka. Kalau ke Pantai Klebang untuk membeli Kuih Keria Antarabangsa boleh la singgah sarapan roti canai limbongan dahulu.
-
Coconut Shake Batu Berendam Melaka
Ini antara lokasi wajib terjah kalau kau nak merasai isi kelapa yang tidak berapa hancur di kisar. Jika kau singgah pada hari Ahad. Maaf, mereka hanya menawarkan perkhidmatan bungkus dan bawa pulang. Tiada service duduk minum menikmati Yong Tau Fu dan Nasi lemak power sedap mereka.
Gambar ini di awal ia dibuka. Belum meriah seperti sekarang
-
Air Panas Arang Kayu
Ini kalau ke Malim, Melaka tak menikmati air yang dimasak menggunakan kayu arang. Memang lain rasa kopi serta tehnya. Namun kelainan itu yang membuatkan kau mendambakan keenakan teh dan kopinya. Selain itu Nasi lemak yang disajikan tidak kurang enaknya.
Port wajib terjah selepas korang pusing satu Melaka… Nie memang destinasi kena singgah di Melaka..
Hentian Kuih Kampong Ujong Pasir Melaka….
Pelbagai pilihan menu kuih muih selera kampung yang memang payah untuk didapati pada masa kini.
5. Mee Bodoh Melaka
Lokasi destinasi Mee Bodoh Melaka terletak di Tengkera. Berada di sebelah jalan sahaja. Parking agak mencabar kerana disebelah kiri dan kanan jalan dipenuhi pelanggan lain yang ingin menikmati Mi Sup Tengkera.
Mendapat nama Mee Bodoh oleh penduduk setempat, disebabkan dengan sup yang kosong diisi mi serta ayam serta sayur. Warna kuah yang putih tanpa rencah apa ia sedap dinikmati.
Namun kadar MSG boleh dikatakan tinggi juga. Dengan kuah yang kosong, ia sedap dinikmati. Bagi penggemar yang lebih neutral ia boleh dinikmati sekali untuk merasai Mee Bodoh Melaka.
6. Lempeng Balak Caun
Jika kau nak menikmati Lempeng kelapa, cucur udang atau cucur bilis beserta lempeng balak. Kau kena terjah dan cuba di Warung Caun Bukit Katil Melaka.
7. Roti Canai Kayu Arang Melaka
Kalau kau penggemar Jalan Jalan Cari Makan, gerai ini antara yang pernah masuk JJCM. Kebetulan abang pergi gerai ni pagi, pemilik gerai kata tengah hari ni gerai akak masuk JJCM tau. Fuh!
Nasib la aku datang sebelum JJCM, dapatlah menikmati tanpa perlu bersesak dengan orang lain.
Tak Nampak pula arang bawahnya
Arang ditutup zink untuk elak padam cepat
8. Nasi Ayam Sup Meletop Jasin
Nasi AYAM & Sup Meletops! Pergh… Serious Wa cakap lu… Memang Wajib cuba… Tapi wa terorder SUP Meletops & Nasi Goreng Ayam….
Namun ia tak kurang hebat dengan sambal dia plus Sup yang penuh dengan sayur & isi ayam…
Nampak?? 2 kali telan ayam gua kat kedai nieh…..
Oklah.. Jom lu orang tengok beberapa gambar yang gua snap untuk tatapan lu orang…
Terlupa lak.. Esok wa ada ‘shooting’ program Makan-makan bawah Terbitan RTM di One Utama.. Lu orang doakan gua untuk kurangkan gugup waktu rakaman ok…?
9. Asam Pedas Hajjah Rahmah
Lokasi yang berhampiran JPJ Melaka, Asam Pedas Hajjah Rahmah. Memang antara lokasi wajib pergi apabila bercuti ke Melaka. Antara lokasi pilihan orang ramai. Lauk pauk pilihan juga banyak untuk dinikmati semasa makan tengah hari.
10. Muara Ikan Bakar Duyung
Mesti ramai mencari ikan bakar bila ke melaka kan? Antara yang sering diperkatakan… Medan Ikan Bakar Umbai Melaka.
Kali ni, cuba korang nikmati sendiri ikan bakar di Muara Sg Duyung..
Insyallah korang pasti berebut untuk menikmati Nasi Lemak yang disertakan untuk dinikmati bersama Ikan Bakar.
Waktu operasi seawal 5:00 pm – 11:00 pm
Search : Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.
Semua tak sabar menikmati makan malam Ikan Bakar Duyung
11. Gerai Makan Bukit Godek
Destinasi wajib terjah jika ke Melaka. Gerai Paknan Bukit Godek. Sarapan pagi yang cukup meriah.
Manakan tidak meriah, pagi-pagi sarapan disajikan dengan menu
Keaw tiaw basah
mee goreng basah
Nasi Goreng
Satay kerang.
Pergh.. Meleleh air liur beb…
Satay kerang antara pilihan sarapan pagi penduduk sekitar
Keaw Tiaw Goreng Basah antara pilihan sewaktu aku kerja kilang di Melaka dahulu
The post 11 Kedai Makan di Melaka. Cuba Dulu Mesti Best! appeared first on Pencari Makan.